Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINJAMAN DAN PEMINJAMAN SEKURITI) 2012
Seksyen 3
Jualan sebelum pemanggilan semula sekuriti diberi pinjam
(1)
Bagi maksud subseksyen 98(1) Akta, seseorang pemberi pinjam yang menjual sekuriti diberi pinjam di bawah transaksi pinjaman dan peminjaman sekuriti sebelum memanggil semula sekuriti diberi pinjam itu hendaklah disifatkan mempunyai pada masa itu suatu hak yang boleh digunakan dan tanpa syarat untuk meletak hak sekuriti itu pada pembeli sekuriti itu, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
jualan tersebut adalah suatu transaksi penjualan bona fide;
(b)
pada masa jualan, pemberi pinjam berhak untuk memanggil semula daripada peminjam, sekurang-kurangnya bilangan sekuriti yang diberi pinjam yang adalah hal perkara jualan tersebut;
(c)
pemberi pinjam memanggil semula sekuriti diberi pinjam secepat yang dapat dilaksanakan pada hari pasaran yang sama sekuriti diberi pinjam tersebut di jual; dan
(d)
jualan sekuriti diberi pinjam diselesaikan pada tarikh penyelesaian yang ditetapkan oleh bursa saham atau pusat penjelasan.
(2)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peraturan ini, perenggan 3(1)(d) tidaklah terpakai kepada pemberi pinjam sekiranya peminjam gagal untuk menghantar serah sekuriti diberi pinjam kepada pemberi pinjam dalam keadaan jika
(a)
sekuriti telah digantung;
P.U. (A) 7 4
(b)
peminjam hanya mampu untuk membuat penghantarserahan sebahagian daripada sekuriti diberi pinjam yang telah dipanggil semula; atau
(c)
peminjam tidak dapat membuat penghantarserahan sekuriti diberi pinjam yang telah dipanggil semula.
Dibuat 21 Disember 2011
[RS(A&R)/SBL-Crpdn.13/11(060)-1D; PN(PU2)662/VI]
TAN SRI ZARINAH ANWAR
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti
Diluluskan 4 Januari 2012
[KK/BPKA/K1/(S)/483/128/1/1 Jld.4; PN(PU2) 662/V]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 7 5
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007
CAPITAL MARKETS AND SERVICES (SECURITIES BORROWING AND LENDING)
REGULATIONS 2012