Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PENEPIAN FI) 2020

Seksyen 4

(1)

Permohonan bagi penepian fi di bawah peraturan 3 hendaklah dibuat oleh pemunya paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti dalam

Borang 1 Jadual dan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan untuk membuktikan bahawa:

(a)

jika orang itu ialah individu:

(i)

orang itu dari golongan

B40

yang menerima

Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Nasional; atau

(ii)

orang itu hilang pekerjaan dan pendapatan, atau pendapatannya terkesan dengan langkah-langkah pengawalan atau pencegahan; atau

(b)

jika sebuah pertubuhan perbadanan atau pertubuhan tidak diperbadankan:

(i)

pertubuhan itu mendapat kelulusan penyambungan moratorium atau apa-apa fleksibiliti bagi pembayaran balik daripada mana-mana institusi kewangan;

(ii)

pertubuhan itu mempunyai masalah aliran tunai akibat langkah-langkah pengawalan atau pencegahan; atau 4

(iii)

pertubuhan itu mempunyai keterhutangan kewangan dan kesulitan dalam pembayaran balik hutang akibat langkah-langkah pengawalan atau pencegahan.

(2)

Dalam hal paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti mempunyai lebih dari seorang pemunya, kehendak dibawah subperaturan (1) disifatkan telah dipatuhi jika salah seorang pemunya mematuhi kehendak tersebut.

(3)

Sekiranya pemunya paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti gagal untuk memfailkan permohonan penepian fi beserta dengan pembayaran fi tahunan di bawah perenggan 3(2)(b), subseksyen 35(3) Akta bagi paten atau pengubahsuaian kepada subseksyen 35(5) di bawah Jadual Kedua Akta bagi perakuan bagi perbaharuan utiliti, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terpakai.

5

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PATEN (PENEPIAN FI) 2020