Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022
Seksyen 7
(1)
Selepas status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan telah diperoleh di bawah peraturan 6, Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu boleh, sekiranya perlu, membuat permohonan untuk meminda apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam subperaturan 6(2) yang berhubungan dengan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Apabila permohonan di bawah subperaturan (1) diterima, Pendaftar hendaklah mempertimbangkan permohonan itu dan membuat suatu keputusan.
(3)
Selepas membuat keputusan di bawah subperaturan (2), Pendaftar hendaklah memberitahu Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan berkenaan dengan keputusan itu.
(4)
Sebagai tambahan kepada subperaturan (3), sekiranya Pendaftar meluluskan permohonan untuk meminda apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam perenggan 6(2)(a), (d) atau (f), Pendaftar hendaklah menyiarkan maklumat yang dipinda itu dalam Jurnal Rasmi.
Pembatalan status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan