Skip to content

Seksyen 8

Pembatalan status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan

of Peraturan-Peraturan Paten (Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan) 2022

P.U. (A)In forceProvision 8 of 13
Seksyen 8

(1)

Selepas status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan telah diperoleh di bawah peraturan 6, Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan boleh, sekiranya perlu, membuat permohonan untuk membatalkan status Pihak Berkuasa Depositari

Kebangsaan kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Apabila permohonan di bawah subperaturan (1) diterima, Pendaftar hendaklah mempertimbangkan permohonan itu dan membuat suatu keputusan.

(3)

Selepas membuat keputusan di bawah subperaturan (2), Pendaftar hendaklah memberitahu Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan berkenaan dengan keputusan itu.

P.U. (A) 221 7

(4)

Sebagai tambahan kepada subperaturan (3), sekiranya Pendaftar meluluskan permohonan itu, Pendaftar hendaklah menyiarkan pembatalan status

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu dalam Jurnal Rasmi.