Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 12

Peraturan 18 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “dua salinan”

dengan perkataan “satu salinan”;

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

Permohonan dan apa-apa pernyataan atau dokumen yang disertakan bersamanya hendaklah difailkan mengikut susunan yang berikut:

(a)

suatu permintaan bagi pemberian suatu paten;

(b)

suatu perihalan;

(c)

suatu tuntutan atau tuntutan-tuntutan;

(d)

suatu abstrak;

(e)

suatu lukisan atau lukisan-lukisan, jika diperlukan; dan

(f)

suatu senarai jujukan, jika ada.

(1B)

Setiap permohonan dan apa-apa pernyataan atau dokumen yang disertakan bersamanya disebut dalam subperaturan (1A)

hendaklah bermula pada suatu halaman kertas yang baharu.”;

(c)

dalam subperaturan

(7)

, dengan menggantikan perkataan

“Semua lembaran” dengan perkataan “Muka surat perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan dan abstrak”;

P.U. (A) 68 8

(d)

dengan memasukkan selepas subperaturan (7) subperaturan yang berikut:

“(7A)

Sebagai tambahan kepada kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (7), jika sesuatu permohonan mengandungi lukisan atau lukisan-lukisan dan senarai jujukan, lukisan atau lukisan-lukisan dan senarai jujukan itu hendaklah dinomborkan pada bahagian atas suatu halaman dan di tengah secara berturutan tetapi sebagai suatu siri berasingan daripada satu sama lain dan dari perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan dan abstrak itu sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (7).”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subperaturan (11) subperaturan yang berikut:

“(12)

Suatu senarai jujukan hendaklah dikemukakan kepada

Pejabat Pendaftaran Paten dalam suatu alat penyimpanan komputer fizikal yang mengandungi suatu salinan senarai jujukan mengikut piawai sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dan piawai yang diterima pakai di bawah Triti Kerjasama Paten.

(13)

Alat penyimpanan komputer fizikal yang dikemukakan kepada Pendaftar di bawah subperaturan (12) hendaklah mematuhi kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.”.

Pindaan peraturan 19A

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022