Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Paten 1986 [P. U. (A) 327/1986], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”
dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda—
(a)
dengan menggantikan perkataan “Warta” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Jurnal Rasmi”;
(b)
dengan menggantikan perkataan “menghantar” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “mengeluarkan”;
(c)
dengan menggantikan perkataan “diposkan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “dikeluarkan”;
(d)
dalam teks bahasa
Inggeris, dengan menggantikan perkataan
“Board of Examiners” dan “board of Examiners” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Board of Examinations”;
(e)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan
“Lembaga Pemeriksa” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“Lembaga Peperiksaan”; dan
P.U. (A) 68 3
(f)
dengan menggantikan perkataan “Ketua Setiausaha" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan "Perbadanan”.
Pindaan peraturan 2