Malaysia legislation

Section 23A

of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 23A

(1)

Bagi maksud suatu permohonan paten yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Paten kecuali bagi permohonan antarabangsa yang difailkan di Pejabat

Pendaftaran Paten di bawah seksyen 78G Akta, jika suatu permohonan menuntut hak prioriti mempunyai tarikh pemfailan lewat dari tarikh tempoh hak prioriti di bawah subseksyen 27(1) Akta habis tetapi dalam masa dua bulan dari tarikh habis tempoh itu, pemohon boleh memfailkan suatu permintaan bagi pemulihan hak prioriti dengan alasan bahawa kegagalan untuk memfailkan permohonan dalam tempoh hak prioriti adalah tidak disengajakan dan permintaan itu hendaklah dibuat kepada Pendaftar tidak lewat daripada masa dua bulan dari tarikh tempoh hak prioriti itu habis.

(2)

Bagi maksud suatu permohonan antarabangsa yang memasuki fasa nasional di bawah seksyen 78O atau 78OA Akta, jika suatu permohonan antarabangsa yang menuntut hak prioriti mempunyai tarikh

P.U. (A) 68 10

pemfailan antarabangsa lewat dari tarikh tempoh prioriti habis tetapi dalam masa dua bulan dari tarikh habis itu, pemohon boleh memfailkan suatu permintaan bagi pemulihan hak prioriti dengan alasan bahawa kegagalan untuk memfailkan permohonan antarabangsa seterusnya dalam tempoh hak prioriti adalah tidak disengajakan dan permintaan itu hendaklah dibuat kepada Pendaftar tidak lewat daripada—

(a)

masa satu bulan dari habisnya tiga puluh bulan dari tarikh prioriti permohonan antarabangsa itu; atau

(b)

satu bulan dari permintaan dibuat oleh pemohon bagi pemeriksaan suatu permohonan antarabangsa di bawah subseksyen 78O(3) Akta.

(3)

Jika suatu permohonan antarabangsa yang memasuki fasa nasional di bawah seksyen 78O atau 78OA

Akta dengan pemulihan hak prioriti diberikan oleh pejabat penerima dan Pendaftar mempunyai keraguan bahawa kehendak-kehendak bagi pemberian pemulihan telah dipenuhi oleh pemohon, Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon akan keraguan itu dan memberi peluang kepada pemohon untuk membuat pemerhatian dalam masa satu bulan dari tarikh pengeluaran pemberitahuan itu.

(4)

Suatu permintaan di bawah subperaturan (1)

dan (2) hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan alasan-alasan bagi

P.U. (A) 68 11

pemulihan hak prioriti dan keterangan yang menyokong dengan cara suatu akuan bersumpah.

(5)

Kecuali bagi subperaturan (2), jika suatu permintaan bagi penyiaran awal telah dibuat di bawah perenggan 33D(1)(b)

Akta, suatu permintaan bagi pemulihan hak prioriti tidak boleh dipertimbangkan oleh

Pendaftar, melainkan jika permintaan bagi penyiaran awal itu ditarik balik oleh pemohon.

(6)

Jika

Pendaftar menentukan bahawa syarat-syarat yang disebut dalam subseksyen 27(1B) Akta dan peraturan ini telah dipenuhi, Pendaftar hendaklah memberikan pemulihan hak prioriti dan memberitahu kepada pemohon dengan sewajarnya.

(7)

Jika syarat-syarat yang disebut dalam subseksyen 27(1B) Akta dan peraturan ini tidak dipenuhi,

Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon bahawa

Pendaftar berhasrat untuk menolak permintaan itu dan memberi peluang kepada pemohon untuk membuat pemerhatian dalam masa satu bulan dari tarikh pemberitahuan itu.

(8)

Jika pemohon gagal untuk memuaskan hati

Pendaftar bahawa syarat-syarat itu telah dipenuhi selepas peluang untuk membuat pemerhatian di bawah subperaturan (7) diberikan, Pendaftar hendaklah menolak permintaan itu dan akuan yang menuntut prioriti di bawah subseksyen 27(1) Akta hendaklah disifatkan tidak sah di bawah subseksyen 27(4) Akta.

P.U. (A) 68 12

(9)

Jika permohonan di bawah peraturan ini ditolak oleh Pendaftar di bawah subperaturan (8),

Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon mengenai penolakan itu dan hendaklah menyatakan sebab baginya.”.

Pindaan peraturan 24

Section 23A — PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022