Malaysia legislation
Section 28A
Seksyen 28A
(1)
Mana-mana orang boleh membuat pemerhatian ke atas suatu permohonan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan dalam masa—
(a)
tiga bulan dari tarikh penyiaran suatu permohonan di bawah seksyen 33D
Akta; atau
(b)
tiga bulan dari tarikh permohonan antarabangsa memasuki fasa nasional di bawah seksyen 78O atau 78OA Akta.
P.U. (A) 68 17
(2)
Pemerhatian pihak ketiga yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah—
(a)
bagi maksud suatu permohonan, terhad kepada alasan kebaharuan yang dinyatakan di bawah seksyen 14 Akta atau langkah mereka cipta yang dinyatakan di bawah seksyen 15 Akta;
atau
(b)
bagi maksud permohonan bagi pemberian perakuan perbaharuan utiliti, terhad kepada alasan kebaharuan yang dinyatakan di bawah seksyen 14
Akta; dan
(c)
disertakan dengan—
(i)
suatu penjelasan ke atas alasan pemerhatian itu; dan
(ii)
suatu keterangan dokumentari dengan cara akuan bersumpah untuk menyokong penjelasan ke atas alasan pemerhatian itu.”.
Pindaan peraturan 29 27.
Peraturan 29 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (2) yang dipotong subperaturan yang berikut:
“(3)
Selepas perakuan pemberian paten dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah perenggan 31(2)(a) Akta, apabila suatu permintaan dibuat oleh pemunya paten secara bertulis bersama dengan pembayaran fee yang
P.U. (A) 68 18
ditetapkan, Pendaftar boleh menerbitkan semula suatu perakuan mengenai pemberian paten kepada pemunya paten.”.
Penggantian peraturan 31A