Malaysia legislation
Section 34A
Seksyen 34A
(1)
Suatu permohonan untuk meminda apa-apa butir-butir yang berhubungan dengan transaksi kepentingan bercagar yang direkodkan dalam Daftar hendaklah —
(a)
dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dan ditandatangani oleh atau bagi pihak-pihak
P.U. (A) 68 22
kepada transaksi kepentingan bercagar;
(b)
dibuat bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan; dan
(c)
disertakan dengan dokumen yang membuktikan sehingga Pendaftar berpuas hati dengan pindaan kepada butir-butir transaksi itu.
(2)
Suatu permohonan untuk mengeluarkan transaksi kepentingan bercagar yang direkodkan daripada
Daftar hendaklah—
(a)
dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dan ditandatangani oleh atau bagi pihak pihak-pihak kepada transaksi kepentingan bercagar; dan
(b)
disertakan dengan dokumen yang membuktikan sehingga Pendaftar berpuas hati dengan pembatalan transaksi itu.”.
Pindaan peraturan 35 36.
Peraturan 35 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “atas Borang 7”
dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”; dan
P.U. (A) 68 23
(b)
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “atas Borang 8”
dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”.
Pindaan peraturan 36 37.
Peraturan 36 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“atas Borang 9” dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”.
Pindaan peraturan 37 38.
Peraturan 37 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“atas Borang 10” dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”.
Pindaan peraturan 38 39.
Peraturan 38 Peraturan-Peraturan ibu dipinda —
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “atas Borang 11”
dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
Sebagai tambahan kepada subseksyen 50(1) Akta dan subperaturan (1), suatu permohonan yang dibuat di bawah perenggan 49(1A)(b) Akta hendaklah mengandungi—
(a)
nama dan kuantiti keluaran farmaseutikal yang pemohon berhasrat untuk mengeluarkan dan mengeksport;
P.U. (A) 68 24
(b)
suatu perakuan bahawa permohonan itu dibuat oleh atau bagi pihak negara pengimport yang layak di bawah seksyen 48 Akta;
(c)
suatu salinan permintaan dari negara pengimport yang layak atau wakil yang diberikan kuasa oleh negara pengimport yang layak yang mengandungi—
(i)
maklumat bahawa keluaran farmaseutikal yang akan diimport adalah bagi pihak dan dengan kebenaran negara pengimport yang layak itu; dan
(ii)
nama dan kuantiti keluaran farmaseutikal yang dikehendaki;
(d)
suatu salinan pemberitahuan yang dibuat oleh negara pengimport yang layak kepada
Majlis TRIPS; dan
(e)
suatu perakuan dari negara pengimport yang layak atau wakil yang diberikan kuasa oleh negara pengimport yang layak itu jika keluaran farmaseutikal diimport bagi pihak dan dengan kebenaran negara pengimport yang layak—
(i)
bahawa ia akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk mencegah pengeksportan semula dari
P.U. (A) 68 25
wilayahnya keluaran farmaseutikal yang diimport ke wilayahnya itu;
(ii)
bahawa ia akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk menghalang keluaran farmaseutikal itu daripada digunakan selain untuk menangani masalah kesihatan awam dalam wilayahnya; dan
(iii)
jika suatu keluaran farmaseutikal yang dipatenkan di negara pengimport yang layak, ia telah memberikan atau berhasrat memberikan lesen wajib bagi pengimportan keluaran farmaseutikal yang berkenaan.”.
Penggantian peraturan 39 40.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan Peraturan 39 dengan peraturan yang berikut:
“Prosedur bagi pemberian lesen wajib.