Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(1)
Pemohon bagi lesen wajib di bawah seksyen 49
atau 49A Akta hendaklah mematuhi kehendak sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 50 Akta dan peraturan 38.
(2)
Jika pemohon—
(a)
gagal mematuhi subperaturan
(1)
,
Pendaftar hendaklah menolak permohonan itu; atau
P.U. (A) 68 26
(b)
mematuhi subperaturan (1)—
(i)
Pendaftar hendaklah memberikan sesalinan permohonan kepada pemberi lesen dan pemegang lesen;
dan
(ii)
pemberi lesen dan pemegang lesen boleh membuat pemerhatian ke atas permohonan itu dalam masa dua bulan dari tarikh salinan permohonan itu diberikan.
(3)
Bagi maksud kehendak di bawah subseksyen 51(1) Akta, Pendaftar boleh memberitahu pemohon, pemberi lesen atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, secara bertulis.
(4)
Pemohon, pemberi lesen atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah hadir di hadapan Pendaftar pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan yang disebut dalam subperaturan (3).
(5)
Pemohon, pemberi lesen atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi pernyataan atau menyerahkan kepada Pendaftar apa-apa dokumen atau apa-apa butiran lain sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan yang disebut dalam subperaturan (3).
P.U. (A) 68 27
(6)
Jika pemohon itu gagal mematuhi kehendak di bawah subperaturan (4) atau (5), permohonannya hendaklah disifatkan telah ditarik balik.
(7)
Jika pemberi lesen atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, gagal untuk mematuhi kehendak di bawah subperaturan (4) atau (5), permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh Pendaftar dan keputusan itu hendaklah dibuat berdasarkan maklumat, dokumen atau apa-apa butiran lain yang telah dikemukakan kepada
Pendaftar.”.
Pindaan peraturan 40 41.
Peraturan 40 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:
“Keputusan Pendaftar.”;
(b)
dengan memotong subperaturan (1);
(c)
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “Dalam masa satu bulan dari tarikh Lembaga membuat keputusannya, Pendaftar”
dengan perkataan “Pendaftar”; dan
(d)
dalam subperaturan
(3)
, dengan menggantikan perkataan
“keputusan Lembaga di bawah seksyen 51(1) Akta” dengan perkataan
“keputusannya di bawah subseksyen 51(2) Akta”.
P.U. (A) 68 28
Pindaan peraturan 41 42.
Peraturan 41 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “atas Borang 12”
dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”; dan
(b)
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “atas Borang 13”
dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”.
Pindaan peraturan 45 43.
Peraturan 45 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “atas Borang 14”
dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”; dan
(b)
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “atas Borang 15”
dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”.
Pindaan peraturan 45A