Malaysia legislation
Section 45C
Seksyen 45C
(1)
Sesuatu permohonan untuk didaftarkan sebagai seorang ejen paten dalam Daftar Ejen Paten hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan.
(2)
Untuk didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten, pemohon hendaklah memuaskan hati Pendaftar bahawa—
(a)
dia berdomisil dalam, atau ialah pemastautin tetap di, Malaysia;
(b)
dia ialah seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah
Tinggi Malaya atau peguam bela di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, atau mempunyai ijazah undang-undang dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang harta industri, atau mempunyai ijazah yang relevan atau setara dengannya dalam cabang yang bersesuaian atau kejuruteraan atau sains daripada suatu institusi pengajian tinggi yang diluluskan oleh
Lembaga
Peperiksaan, atau mempunyai
P.U. (A) 68 30
kelayakan yang menjadikannya berhak kepada keahlian siswazah suatu institusi kejuruteraan atau sains profesional atau yang seumpamanya yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan;
(c)
dia telah menghadiri kursus bagi ejen paten sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 45CA sebelum dia mengambil peperiksaan; dan
(d)
dia telah lulus peperiksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 45D.
(3)
Walau apa pun subperaturan (2), bekas
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau
Pemeriksa yang telah dilantik di bawah Akta atau bekas pegawai undang-undang Perbadanan berhak untuk didaftarkan sebagai ejen paten jika—
(a)
dia berdomisil dalam, atau ialah pemastautin tetap di, Malaysia;
(b)
dia mempunyai ijazah yang relevan daripada suatu institusi pengajian tinggi yang diluluskan oleh
Lembaga
Peperiksaan;
P.U. (A) 68 31
(c)
dia telah menghadiri kursus bagi ejen paten sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 45CA; dan
(d)
dia telah berkhidmat di Pejabat Pendaftaran Paten atau
Perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sekurang-kurangnya sepuluh tahun.
(4)
Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, menghendaki bukti perkara-perkara sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (2) dan (3).
(5)
Pendaftar boleh menolak untuk mendaftarkan mana-mana orang yang—
(a)
telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan; atau
(b)
belum dilepaskan daripada bankrap.
(6)
Pendaftar hendaklah, apabila berpuas hati bahawa pemohon memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan
(2)
atau
(3)
, mendaftarkan pemohon itu sebagai ejen paten bagi suatu tempoh yang habis pada 31 Disember tahun itu.
(7)
Bagi maksud subperaturan
(2)
, permohonan untuk didaftarkan sebagai ejen paten
P.U. (A) 68 32
di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat kepada
Pendaftar dalam masa tiga tahun dari tarikh pemohon telah lulus peperiksaan di bawah perenggan (2)(c).
(8)
Bagi maksud subperaturan
(3)
, permohonan untuk didaftarkan sebagai ejen paten di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat kepada
Pendaftar dalam masa tiga tahun dari tarikh pemohon telah menghadiri kursus bagi ejen paten di bawah perenggan (3)(c).
(9)
Jika pemohon gagal membuat permohonan untuk didaftarkan sebagai ejen paten di bawah subperaturan (1) dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (7) atau (8), pemohon hendaklah disifatkan tidak memenuhi kehendak di bawah subperaturan (2) atau (3) dan tidak boleh didaftarkan sebagai ejen paten.
(10)
Selepas pendaftaran sebagai ejen paten di bawah subperaturan (6), ejen paten itu hendaklah menghadiri semua kursus yang dikehendaki sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bagi maksud pembaharuan pendaftarannya di bawah peraturan 45E.
(11)
Kecuali bagi perubahan alamat penyampaian di bawah peraturan 51, Pendaftar boleh, atas permintaan ejen paten berdaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan—
P.U. (A) 68 33
(a)
membetulkan apa-apa kesilapan pada nama atau butiran perhubungan ejen paten itu; atau
(b)
memasukkan apa-apa perubahan pada nama atau butiran perhubungan ejen paten itu.
(12)
Bagi maksud subperaturan
(11)
,
Pendaftar boleh menghendaki serahan apa-apa maklumat atau dokumen, termasuk penjelasan bertulis oleh ejen paten itu.”.
Peraturan baharu 45CA