Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Pindaan peraturan 45D
(a)
dalam subperaturan (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba)
mendraf permohonan paten;”; dan
P.U. (A) 68 34
(ii)
dalam perenggan
(c)
, dengan menggantikan perkataan
“cap dagangan” dengan perkataan "cap dagangan, petunjuk geografi”;
(b)
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “atas Borang 18A”
dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”;
(c)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
Bagi maksud subperaturan 45C(2), suatu permohonan yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah dibuat kepada
Pendaftar selepas calon itu telah menghadiri kursus bagi ejen paten di bawah peraturan 45CA.”;
(d)
dalam subperaturan (8)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “boleh memohon untuk mengambil semula subjek atau subjek-subjek, mengikut mana-mana yang berkenaan,” dengan perkataan “hendaklah mengambil semula bagi kesemua subjek yang gagal”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “atas Borang 18B” dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar”;
(e)
dengan memasukkan selepas subperaturan (8) subperaturan yang berikut:
“(8A) Bagi maksud subperaturan (8), calon boleh memohon untuk menghadiri kursus bagi ejen paten di bawah peraturan 45CA sebelum dia mengambil semula peperiksaan.”;
P.U. (A) 68 35
(f)
dalam subperaturan (9), dengan memasukkan selepas perkataan
“selepas tiga percubaan” perkataan “termasuk peperiksaan pertama yang diambil”;
(g)
dengan memasukkan selepas subperaturan (9) subperaturan yang berikut:
“(9A)
Percubaan untuk mengambil semula peperiksaan disebabkan kegagalan calon untuk lulus mana-mana atau kesemua mata pelajaran hendaklah diselesaikan dalam masa dua tahun dari tarikh keputusan peperiksaan pertama yang diambil diberitahu kepada calon, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Lembaga Peperiksaan.”;
(h)
dalam subperaturan (10), dengan menggantikan perkataan “subperaturan (9)”
dengan perkataan “subperaturan (9) dan (9A)”; dan
(i)
dengan memasukkan selepas subperaturan (10) subperaturan yang berikut:
“(11)
Suatu permintaan bagi mendapatkan salinan soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya boleh dibuat oleh calon kepada
Lembaga Peperiksaan dan permintaan itu hendaklah tertakluk kepada pembayaran fee yang ditetapkan.”.
Pindaan peraturan 45E