Malaysia legislation

Section 49

of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 49

Peraturan 45E Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Sesuatu” dengan perkataan

“Tertakluk kepada 45C(5), sesuatu”; dan

P.U. (A) 68 36

(ii)

dengan menggantikan perkataan “atas Borang 19” dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar”;

(b)

dengan menggantikan subperaturan (3) dengan subperaturan berikut:

“(3)

Walau apa pun subperaturan (2), Pendaftar boleh menolak untuk membaharui pendaftaran mana-mana orang yang—

(a)

telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan; atau

(b)

belum dilepaskan daripada bankrap.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(4)

Jika ejen paten gagal membuat permohonan bagi pembaharuan pendaftaran di bawah subperaturan (1), dia boleh meminta bagi pelanjutan masa untuk membuat permohonan itu kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan.

(5)

Permintaan bagi pelanjutan masa di bawah subperaturan (4) hendaklah—

(a)

bagi tempoh yang tidak melebihi enam bulan dari 31 Januari tahun itu; dan

(b)

disertakan dengan pembayaran fee yang ditetapkan di bawah subperaturan (1).”.

P.U. (A) 68 37

Peraturan baharu 45EA dan 45EB

Section 49 — PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022