Malaysia legislation

Section 50

of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 50

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 45E peraturan yang berikut:

“Pembatalan pendaftaran ejen paten disebabkan kegagalan pembaharuan.

45EA. (1)

Jika ejen paten gagal membuat permintaan bagi pelanjutan masa di bawah subperaturan 45E(4), Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran ejen paten dan mengeluarkan pendaftaran ejen paten daripada Daftar Ejen

Paten.

(2)

Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam

Jurnal Rasmi—

(a)

pembatalan dan pengeluaran ejen paten di bawah subperaturan (1); dan

(b)

apa-apa permohonan atau paten yang diwakili oleh ejen paten bagi pihak mana-mana orang, jika ada.

(3)

Orang yang diwakili oleh ejen paten yang pendaftarannya telah dibatalkan dan dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah, dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiaran di bawah subperaturan (2), melantik ejen paten baharu mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan 45B(2).

(4)

Walau apa pun subperaturan (3), jika orang itu yang merupakan pemastautin berhasrat untuk menguruskan permohonan atau paten itu sendiri, dia hendaklah—

P.U. (A) 68 38

(a)

memberitahu

Pendaftar berkenaan hasratnya dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (3); dan

(b)

mengemukakan kepada

Pendaftar alamat penyampaiannya mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 51.

(5)

Pendaftar hendaklah menghentikan prosiding yang berhubungan dengan apa-apa permohonan atau paten sehingga kehendak di bawah subperaturan (3) atau (4)

dipenuhi.

(6)

Walau apa pun subperaturan 45C(2), jika ejen paten yang pendaftarannya telah dibatalkan dan dikeluarkan daripada Daftar Ejen Paten memfailkan permohonan untuk mendaftar sebagai ejen paten mengikut subperaturan 45C(1) dalam masa tiga tahun dari tarikh penyiaran pembatalan dan pengeluarannya sebagai ejen paten di bawah subperaturan (2), Pendaftar boleh mengetepikan kehendak untuk menghadiri kursus dan lulus peperiksaan.

(7)

Walau apa pun subperaturan 45C(3), jika ejen paten yang pendaftarannya telah dibatalkan dan dikeluarkan daripada

Daftar

Ejen

Paten memfailkan permohonan untuk mendaftar sebagai ejen paten mengikut subperaturan 45C(1) dalam masa tiga tahun dari tarikh penyiaran pembatalan dan pengeluarannya sebagai ejen paten di bawah subperaturan (2), Pendaftar boleh mengetepikan kehendak menghadiri kursus itu.

P.U. (A) 68 39

(8)

Mana-mana pendaftaran ejen paten yang telah dibatalkan dan dikeluarkan daripada Daftar Ejen Paten bagi tempoh lebih daripada tiga tahun dari tarikh penyiaran pembatalan dan pengeluarannya sebagai ejen paten di bawah subperaturan (2) hendaklah disifatkan sebagai tidak lagi memenuhi kehendak di bawah subperaturan 45C(2) dan (3).

Penangguhan pembaharuan pendaftaran ejen paten.

45EB. (1)

Walau apa pun peraturan 45E, seorang ejen paten boleh memohon kepada Pendaftar bagi penangguhan suatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran sebagai ejen paten jika ejen paten itu memenuhi hal keadaan yang berikut:

(a)

dia mempunyai sebab atau alasan yang sah sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar untuk menangguhkan pembaharuan pendaftaran sebagai ejen paten; dan

(b)

dia telah berhenti bertindak bagi pihak pemohon, pemunya paten atau mana-mana orang yang diwakilinya.

(2)

Permohonan bagi penangguhan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat kepada Pendaftar—

(a)

pada atau sebelum 31 Januari tahun itu;

(b)

dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan; dan

P.U. (A) 68 40

(c)

disertakan dengan keterangan sokongan mengenai sebab atau alasan yang sah itu.

(3)

Permohonan bagi penangguhan pembaharuan pendaftaran ejen paten di bawah subperaturan (1) hendaklah dibenarkan bagi tempoh maksimum satu tahun dan boleh dimohon semula oleh ejen paten mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (2).

(4)

Walau apa pun subperaturan (3), pendaftaran ejen paten hendaklah disifatkan sebagai tidak lagi memenuhi kehendak di bawah subperaturan 45C(2) atau (3) jika ejen paten itu gagal untuk memperbaharui pendaftaran sebagai ejen paten selepas habis tempoh tiga tahun dari 31 Januari sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a).”.

Pindaan peraturan 45F

Section 50 — PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022