Malaysia legislation

Section 52

of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 52

Peraturan-peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 45F peraturan yang berikut:

“Pembatalan sukarela.

45FA.

(1)

Ejen paten boleh membatalkan pendaftarannya dengan memfailkan permohonan bagi pembatalan sukarela kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan dan disertakan dengan bukti bahawa ejen paten itu telah berhenti bertindak bagi pihak pemohon paten, pemunya paten atau mana-mana orang yang diwakilinya.

(2)

Setelah menerima permohonan bagi pembatalan sukarela yang difailkan di bawah subperaturan (1), Pendaftar hendaklah—

(a)

membatalkan dan mengeluarkan pendaftaran ejen paten daripada

Daftar Ejen Paten; dan

(b)

menyiarkan pembatalan dan pengeluaran pendaftaran ejen paten daripada Daftar Ejen

Paten dalam Jurnal Rasmi.

P.U. (A) 68 42

(3)

Permohonan bagi pembatalan sukarela yang difailkan di bawah subperaturan (1) tidak boleh ditarik balik.

Berhenti bertindak sebagai seorang ejen paten.

45FB.

(1)

Jika ejen paten berhasrat untuk berhenti bertindak bagi pihak pemohon paten, pemunya paten atau mana-mana orang yang diwakilinya, dia hendaklah memfailkan dengan Pendaftar permohonan untuk berhenti bertindak dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan dan disertakan dengan bukti bahawa dia telah memberitahu orang itu tentang hasratnya.

(2)

Setelah permohonan untuk berhenti bertindak sebagai ejen paten di bawah subperaturan (1)

diterima—

(a)

permohonan atau paten yang diwakili oleh ejen paten bagi orang atau orang-orang tertentu itu pada tarikh penerimaan permohonan di bawah subperaturan (1) itu hendaklah disiarkan dalam Jurnal Rasmi;

dan

(b)

semua prosiding yang berhubungan dengan permohonan atau paten hendaklah dihentikan sehingga kehendak di bawah subperaturan (3) dipenuhi.

P.U. (A) 68 43

(3)

Tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh penyiaran di bawah subperaturan (2), orang yang sebelum ini diwakili oleh ejen paten itu hendaklah memfailkan suatu permohonan bagi pelantikan ejen paten baharu mengikut subperaturan 45B(2).

(4)

Walau apa pun subperaturan (3), jika orang itu yang merupakan seorang pemastautin yang berhasrat untuk menguruskan permohonan atau paten itu sendiri, dia hendaklah—

(a)

memberitahu Pendaftar berkenaan hasratnya dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (3); dan

(b)

mengemukakan kepada Pendaftar alamat penyampaiannya mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 51.

(5)

Permohonan untuk berhenti bertindak sebagai ejen paten yang difailkan di bawah subperaturan (1) tidak boleh ditarik balik.

Penamatan pelantikan ejen paten.

45FC.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen 86(5)

Akta, mana-mana orang boleh menamatkan pelantikan seorang ejen paten dengan memfailkan permohonan kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fee yang ditetapkan.

P.U. (A) 68 44

(2)

Permohonan untuk menamatkan pelantikan ejen paten yang difailkan di bawah subperaturan (1) tidak boleh ditarik balik.

Kematian ejen paten.

45FD.

(1)

Sekiranya berlaku kematian seorang ejen paten, mana-mana orang yang diwakili oleh ejen paten atau wakil sah ejen paten hendaklah memberitahu kematian itu kepada Pendaftar secara bertulis dalam masa satu bulan dari tarikh kematian ejen paten itu.

(2)

Jika pemberitahuan di bawah subperaturan (1) difailkan oleh wakil sah ejen paten yang telah mati, pemberitahuan itu hendaklah disertakan dengan bukti bahawa kematian telah diberitahu kepada pemohon paten atau pemunya paten atau mana-mana orang diwakili ejen paten itu.

(3)

Sebagai tambahan kepada subperaturan (1), orang atau orang-orang yang diwakili oleh ejen paten yang telah mati hendaklah memfailkan suatu permohonan bagi pelantikan seorang ejen paten baharu mengikut subperaturan 45B(2)—

(a)

pada masa yang sama pemberitahuan di bawah subperaturan (1) difailkan; atau

(b)

dalam masa tiga bulan dari tarikh pemberitahuan kematian ejen paten oleh wakil sah di bawah subperaturan (2).

P.U. (A) 68 45

(4)

Pendaftar hendaklah menghentikan prosiding yang berhubungan dengan permohonan atau paten sehingga kehendak di bawah subperaturan (3)

dipenuhi.”.

Pindaan peraturan 45G

Section 52 — PERATURAN-PERATURAN PATEN (PINDAAN) 2022