Malaysia legislation
Section 52C
Seksyen 52C
Jika di bawah
Akta atau mana-mana peraturan-peraturan di bawah Akta, Pendaftar dikehendaki atau dibenarkan—
(a)
untuk memberitahu seseorang mengenai apa-apa perkara;
(b)
untuk memberitahu seseorang bahawa orang itu dikehendaki untuk melakukan sesuatu perkara; atau
(c)
untuk mengeluarkan perakuan,
P.U. (A) 68 49
Pendaftar boleh memberitahu orang itu atau mengeluarkan perakuan kepada orang itu melalui apa-apa cara komunikasi termasuk cara elektronik atau apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.”.
Pindaan peraturan 53 60.
Peraturan 53 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subperaturan (1);
(b)
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “atas Borang 21” dengan perkataan “dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2)
Walau apa pun yang terkandung dalam
Peraturan-Peraturan ini, permintaan pelanjutan masa selepas habis tempoh yang ditetapkan di bawah
Akta atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta hendaklah dibuat tidak lewat dari enam bulan dari habis tempoh yang ditetapkan.”.
Peraturan baharu 54 dan 55 61.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 53
peraturan yang berikut:
“Permohonan untuk mendapatkan kos bagi prosiding di hadapan
Pendaftar.