Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong Jadual II.
P.U. (A) 68 63
Peruntukan kecualian dan peralihan 64.
(1)
Apa-apa permohonan atau permintaan yang dibuat atau difailkan di bawah
Peraturan-Peraturan ibu yang berhubungan dengan permohonan paten, permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti, paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini, diuruskan mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan ibu seolah-olah Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Apa-apa tindakan yang berhubungan dengan permohonan paten, permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti, paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diambil atau dimulakan di bawah
Peraturan-Peraturan ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini, diteruskan mengikut Peraturan-Peraturan ibu seolah-olah
Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.
(3)
Apa-apa kelulusan, keputusan, arahan, notis atau laporan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini, terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah
Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.
(4)
Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3)—
(a)
peraturan baharu 28A sebagaimana yang dimasukkan melalui peraturan 26 Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini, terpakai bagi permohonan paten atau permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah
Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini dan disiarkan di bawah
P.U. (A) 68 64
seksyen 33D Akta pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini;
(b)
subperaturan baharu 33C(1A) sebagaimana yang dimasukkan melalui peraturan 33
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini, terpakai bagi permohonan paten atau permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Peraturan-Peraturan ibu jika laporan yang dibuat oleh Pemeriksa mengikut subseksyen 30(1) atau (2) Akta dikeluarkan pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini;
(c)
subperaturan baharu 45C(6) sebagaimana yang dimasukkan melalui peraturan 46
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini, dalam hal seorang pemohon yang sebaik sebelum tarikh berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini telah lulus peperiksaan di bawah perenggan 45C(2)(c) Peraturan-Peraturan ini, permohonan untuk didaftarkan sebagai ejen paten di bawah subperaturan 45C(1)
Peraturan-Peraturan ini hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam masa tiga tahun dari tarikh muka berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini;
(d)
subperaturan baharu 46A(2) sebagaimana yang dimasukkan melalui peraturan 55
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini, terpakai bagi mana-mana permintaan untuk meminda paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah
Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini yang belum selesai di hadapan Pendaftar pada tarikh mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini; dan
P.U. (A) 68 65
(e)
apa-apa perkara yang dikehendaki disiarkan dalam Warta di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan ibu dan masih belum selesai disiarkan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini, disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan perkara itu hendaklah disifatkan telah disiarkan dalam Warta di bawah
Peraturan-Peraturan ibu.
Dibuat pada 17 Mac 2022
[KPDN.100-1/3/2; PN(PU2)410/VII]
DATO’ SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
P.U. (A) 68 66
PATENTS ACT 1983
PATENTS (AMENDMENT) REGULATIONS 2022