Skip to content

Seksyen 12C

of Peraturan-Peraturan Paten (Pindaan) (No. 2) 2022

P.U. (A)In forceProvision 5 of 12

Seksyen 12C

(1)

Sebelum membuat suatu permintaan bagi suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan daripada mana-mana Pihak Berkuasa Depositari

Kebangsaan atau

Pihak

Berkuasa

Depositari

Antarabangsa di bawah subseksyen 26C(5) Akta, orang yang berhasrat untuk berbuat demikian hendaklah membuat suatu permohonan kepada

Pendaftar bagi suatu perakuan.

(2)

Suatu permohonan bagi perakuan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan—

(a)

selepas penyiaran suatu permohonan paten di bawah seksyen 33D Akta;

atau

(b)

selepas penyiaran antarabangsa permohonan antarabangsa itu oleh

Biro Antarabangsa, jika permohonan bagi perakuan itu melibatkan suatu permohonan antarabangsa.

(3)

Tiada perakuan boleh dikeluarkan oleh

Pendaftar jika mikroorganisma yang didepositkan itu terlibat dalam suatu permohonan paten—

P.U. (A) 222 6

(a)

yang telah ditinggalkan, ditarik balik, disifatkan telah ditarik balik atau ditolak;

(b)

yang mengandungi apa-apa maklumat yang melanggar ketenteraman awam atau kemoralan;

atau

(c)

yang ternyata kepada

Pendaftar bertentangan dengan kepentingan negara atau keselamatan negara.

(4)

Jika suatu permintaan bagi suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan dibuat sebelum penyiaran permohonan paten di bawah seksyen 33D

Akta atau permohonan antarabangsa, orang yang membuat permintaan itu hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pemohon—

(a)

dalam hal mikroorganisma yang didepositkan dengan suatu Pihak

Berkuasa Depositari Antarabangsa, mengikut Triti Budapest; atau

(b)

dalam hal mikroorganisma yang didepositkan dengan suatu

Pihak

Berkuasa

Depositari

Kebangsaan, mengikut Peraturan-Peraturan Paten (Pihak Berkuasa

Depositari

Kebangsaan)

2022

[P.U. (A) 221/2022].

P.U. (A) 222 7

Pendepositan baharu mikroorganisma.