Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Paten 1986 [P. U. (A) 327/1986], yang disebut
“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 7
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(1A) Jika permintaan di bawah subperaturan
(1)
melibatkan suatu mikroorganisma yang dikehendaki untuk didepositkan mengikut seksyen 26C Akta, permintaan itu hendaklah disertakan dengan maklumat yang berikut:
(a)
nama dan alamat Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa yang dengannya mikroorganisma itu didepositkan;
(b)
tarikh mikroorganisma itu didepositkan dengan Pihak
Berkuasa Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa
Depositari Antarabangsa;
(c)
nombor penerimaan yang diberikan kepada pendepositan mikroorganisma oleh
Pihak
Berkuasa
Depositari
P.U. (A) 222 3
Kebangsaan atau Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa;
dan
(d)
apabila mikroorganisma telah didepositkan oleh mana-mana orang selain pemohon—
(i)
nama dan alamat orang yang mendepositkan mikroorganisma itu; dan
(ii)
suatu akuan oleh orang itu bahawa—
A.
orang itu memberi kuasa kepada pemohon untuk merujuk kepada mikroorganisma yang didepositkan dalam permohonan paten; dan
B.
orang itu telah memberikan persetujuan tanpa syarat dan yang tidak boleh dibatalkan bagi mikroorganisma yang didepositkan untuk dijadikan tersedia kepada orang awam mengikut peraturan 12C.
(1B)
Jika apa-apa maklumat yang disebut dalam perenggan (1A)(a), (b),
(a)
dalam tempoh enam belas bulan dari tarikh pemfailan atau tarikh prioriti permohonan paten, jika hak prioriti dituntut;
atau
(b)
sebelum suatu permintaan bagi suatu penyiaran awal permohonan paten dibuat di bawah perenggan 33D(1)(b)
Akta.
P.U. (A) 222 4
(c)
atau (d) tidak diberikan apabila permintaan di bawah subperaturan (1)
dibuat kepada Pendaftar, maklumat itu hendaklah diberikan kepada Pendaftar, yang mana lebih awal—
(1C)
Suatu permohonan paten yang tidak mematuhi subperaturan (1B)
hendaklah disifatkan telah ditarik balik.”.
Peraturan baharu 12B, 12C dan 12D