Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2011
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan
Pegawai
Awam
(Kelakuan dan
Tatatertib)
1993
[P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 41
(a)
dalam subperaturan (1)
(i)
dengan menggantikan perkataan “Pihak Berkuasa Tatatertib”
dengan perkataan “Tertakluk kepada subperaturan (6), Pihak
Berkuasa Tatatertib”;
(ii)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama” dengan perkataan
“dalam jadual gaji yang sama bagi pegawai yang diperuntukkan mata gaji”; dan
(iii)
dalam perenggan (b), dengan memasukkan perkataan “, dengan syarat hukuman turun gaji tidak boleh menyebabkan pegawai menerima gaji kurang daripada gaji minimum yang ditentukan
P.U. (A) 435 3
bagi gred jawatan yang disandang oleh pegawai” selepas perkataan “tiga pergerakan gaji”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (4) subperaturan yang berikut:
“
(5)
Bagi maksud perenggan (1)(b), pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan mata gaji, “pergerakan gaji” adalah bersamaan amaun lima peratus daripada gaji hakiki.
(6)
Hukuman turun gaji tidak terpakai ke atas pegawai yang berada di mata gaji minimum atau pegawai lantikan kontrak yang tidak diperuntukkan mata gaji tetapi tidak termasuk pegawai lantikan kontrak yang diberi kenaikan gaji berdasarkan peratusan.”.
Penggantian peraturan 42