Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)(PINDAAN) 2015
Seksyen 3
Peraturan 41 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan perenggan (1)(a) dengan perenggan yang berikut:
“(a)
gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dalam jadual gaji pegawai;”;
P.U. (A) 252 3
(b)
dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:
“(5)
Bagi maksud perenggan (1)(b), “pergerakan gaji” adalah bersamaan amaun satu kenaikan gaji tahunan daripada gaji hakiki.”;
(c)
dengan menggantikan subperaturan (6) dengan subperaturan yang berikut:
“(6)
Hukuman turun gaji tidak terpakai ke atas pegawai yang berada di mata gaji minimum.”; dan
(d)
dengan memasukkan selepas subperaturan (6) subperaturan yang berikut:
“(7) Sekiranya hukuman turun gaji yang dilaksanakan di bawah
Peraturan-Peraturan ini menyebabkan pegawai menerima gaji kurang daripada gaji minimum yang ditentukan bagi gred jawatan yang disandang oleh pegawai, maka gaji pegawai hendaklah diturunkan setakat gaji minimum pegawai di gred jawatan disandang itu.”.
Pindaan peraturan 42