Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)(PINDAAN) 2015

Seksyen 4

Peraturan 42 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (2) dengan menggantikan perenggan (a), (b) dan (c)

dengan perenggan yang berikut:

“(a)

tertakluk kepada perenggan (b) dan (c), gaji baharu pegawai hendaklah dikurangkan terlebih dahulu amaunnya sebanyak satu kenaikan gaji tahunan di gred sebelum turun pangkat dan jumlah itu hendaklah menjadi gaji bagi pegawai itu di gred turun pangkat;

P.U. (A) 252 4

(b)

sekiranya gaji itu lebih tinggi daripada gaji maksimum di gred turun pangkat, gaji maksimum di gred turun pangkat itu hendaklah menjadi gaji pegawai itu di gred turun pangkat; atau

(c)

sekiranya gaji itu lebih rendah daripada gaji minimum di gred turun pangkat, gaji minimum di gred turun pangkat itu hendaklah menjadi gaji pegawai itu di gred turun pangkat.”;

dan

(b)

dalam subperaturan (3) dengan memasukkan selepas perkataan

“serentak” perkataan “dan perenggan (a), (b) dan (c) hendaklah terpakai mengikut mana yang berkenaan”.

Kecualian dan peralihan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)(PINDAAN) 2015