Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)(PINDAAN) 2015

Seksyen 5

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, pemakaian Peraturan-Peraturan ini hendaklah tertakluk kepada keadaan yang berikut:

(a)

sekiranya apa-apa kesalahan dilakukan dari 1 Januari 2012 sehingga tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa yang prosidingnya belum dimulakan atau yang prosidingnya telah dimulakan tetapi keputusan mengenainya belum diputuskan, hukuman turun pangkat yang dilaksanakan berdasarkan peraturan-peraturan yang terpakai sebelum

Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa adalah sah tetapi gaji pegawai di gred turun pangkat itu hendaklah ditentukan berdasarkan

Peraturan-Peraturan ini;

(b)

sekiranya apa-apa kesalahan dilakukan dari 1 Januari 2012 sehingga tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa dikenakan hukuman turun gaji dan dilaksanakan terhadap pegawai dalam Kumpulan Pengurusan

Tertinggi berdasarkan peraturan-peraturan yang terpakai sebelum

Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa, hukuman turun gaji yang dikenakan itu adalah sah dan hendaklah dilaksanakan berdasarkan

P.U. (A) 252 5

peraturan-peraturan yang terpakai sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa;

(c)

sekiranya hukuman yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan ini lebih berat daripada hukuman sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa, pelaksanaan hukuman tersebut hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang terpakai sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa; dan

(d)

tertakluk kepada perenggan 5(a) dan (b), Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai kepada apa-apa kesalahan yang dilakukan dari 1 Januari 2012 sehingga tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa yang prosiding bagi kesalahan itu belum dimulakan atau yang prosidingnya telah dimulakan tetapi keputusan mengenainya belum diputuskan.

Dibuat 9 September 2015

[JPA.BK(S)223/8/2-3Jld.5(30); PN(PU2)76/XI]

Dengan Titah Perintah

TAN SRI DR ALI BIN HAMSA

Setiausaha Jemaah Menteri

P.U. (A) 252 6

FEDERAL CONSTITUTION

PUBLIC OFFICERS (CONDUCT AND DISCIPLINE) (AMENDMENT) REGULATIONS 2015

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)(PINDAAN) 2015