Malaysia legislation
Section 23
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 23
(1)
Tarikh pelantikan seseorang pegawai ke dalam perkhidmatan awam ialah tarikh dia melaporkan diri untuk bertugas, melainkan jika ditentukan selainnya oleh
Suruhanjaya.
(2)
Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan tidak boleh menerima mana-mana pegawai yang melaporkan diri untuk bertugas jika pegawai itu belum mematuhi syarat pelantikan di subperaturan 20(1).
(3)
Bagi maksud subperaturan (2), pegawai itu masih tertakluk kepada tempoh maksimum melaporkan diri untuk bertugas sebagaimana yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya dalam surat tawaran pelantikan.
P.U. (A) 1 21
Tarikh pelantikan tetap bagi pegawai sementara