Malaysia legislation

Section 29

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012

Seksyen 29

(1)

Pegawai yang dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa adalah layak disahkan dalam perkhidmatan oleh Suruhanjaya.

(2)

Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, sama ada memperakukan atau tidak memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai itu.

(3)

Jika seseorang pegawai diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dalam tempoh satu bulan dari tarikh pegawai itu layak diperakukan untuk pengesahan, dengan syarat perakuan itu dikemukakan tidak kurang dari tempoh percubaan minimum.

P.U. (A) 1 25

(4)

Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual Ketiga.

(5)

Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai mengikut subperaturan (3), pegawai itu boleh memohon kepada

Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan.

(6)

Setelah menerima permohonan di bawah subperaturan

(5)

,

Suruhanjaya boleh menjalankan suatu siasatan dan apabila selesai siasatan itu mengesahkan pegawai itu jika Suruhanjaya mendapati dia layak untuk disahkan.

(7)

Walau apa pun subperaturan (2), Suruhanjaya tidak terikat dengan perakuan Ketua Jabatan dalam mengesahkan seseorang pegawai dalam perkhidmatan.

(8)

Jika ada apa-apa syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang perlu dipinda disebabkan hal keadaan khas, Ketua Perkhidmatan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya.

Pelanjutan tempoh percubaan

Section 29 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012