Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 3
(1)
Tatacara yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan ini bagi membuat pelantikan ke dalam perkhidmatan awam di bawah bidang kuasa
Suruhanjaya hendaklah terpakai bagi semua pelantikan tetap atau sementara kecuali pertukaran pelantikan, pertukaran tetap atau apa-apa pelantikan lain yang diputuskan oleh Suruhanjaya.
P.U. (A) 1 8
(2)
Bagi maksud peraturan ini
(a)
“pertukaran pelantikan” ertinya pelantikan bagi membolehkan seseorang pegawai berpindah ke perkhidmatan awam
Persekutuan, perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau skim perkhidmatan lain tanpa terikat dengan proses pelantikan biasa berikutan pembubaran sesuatu agensi di bawah mana-mana perkhidmatan berkenaan, penjumudan sesuatu skim perkhidmatan dan pemansuhan jawatan, atau atas permohonan pegawai, atau atas sebab-sebab lain yang diputuskan oleh Kerajaan selain daripada pengkorporatan atau penswastaan; dan
(b)
“pertukaran tetap” ertinya pelantikan tetap pegawai yang sedang berkhidmat secara peminjaman atau pertukaran sementara ke jawatan yang disandang olehnya di agensi dia dipinjamkan atau ditukarkan sementara.
Tafsiran