Malaysia legislation
Section 30
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 30
(1)
Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai, sama ada dengan atau tanpa denda, setelah melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
(2)
Jika seseorang pegawai belum memenuhi syarat untuk disahkan dalam perkhidmatan selepas melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan, pegawai boleh mengemukakan suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatannya sebaik sahaja tamat tempoh percubaan maksimumnya itu, dengan syarat Ketua Jabatan masih belum
P.U. (A) 1 26
mengemukakan perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan di bawah subperaturan 29(4).
(3)
Sekiranya Ketua Jabatan bersetuju untuk memperakukan permohonan pegawai, Ketua Jabatan hendaklah dengan segera mengemukakan borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat mengikut subperaturan (2) kepada Suruhanjaya dengan menyatakan butir-butir seperti yang berikut:
(a)
sebab pegawai itu tidak disahkan dalam perkhidmatan;
(b)
syor Ketua Jabatan sama ada tempoh percubaan patut dilanjutkan, dengan atau tanpa denda;
(c)
butiran perkhidmatan pegawai yang dikemas kini; dan
(d)
senarai peperiksaan, jika ada, yang telah diduduki oleh pegawai itu, tarikh dan keputusan peperiksaan itu.
(4)
Suruhanjaya akan hanya meluluskan permohonan pelanjutan tempoh percubaan yang dikemukakan mengikut subperaturan (3) jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pegawai itu berupaya mematuhi syarat-syarat bagi pengesahan semasa tempoh pelanjutan yang dipohon itu dan Ketua
Jabatan mengesyorkan bahawa tempoh percubaan pegawai itu patut dilanjutkan.
(5)
Tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan patut.
P.U. (A) 1 27
(6)
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya berkenaan dengan permohonan pelanjutan tempoh percubaan seseorang pegawai hendaklah disampaikan kepada pegawai itu oleh Suruhanjaya dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan.
Tarikh pengesahan