Malaysia legislation
Section 34
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 34
(1)
Kekananan seseorang pegawai ditentukan seperti yang berikut:
(a)
bagi seseorang pegawai dalam gred lantikan atau gred lantikan terus, mengikut tarikh pegawai itu dilantik secara tetap; dan
(b)
bagi seseorang pegawai dalam gred kenaikan pangkat, mengikut tarikh pegawai itu menyandang gred itu secara hakiki.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), jika dua atau lebih pegawai dilantik secara tetap atau dinaikkan pangkat ke gred yang sama dalam skim perkhidmatan yang sama pada tarikh yang sama, kekananan pegawai itu disifatkan sebagai sama.
Kekananan pegawai yang kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya