Seksyen 36
Kekananan pegawai yang diluluskan cuti tanpa gaji dan tidak hadir bertugas
of Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
(1)
Seseorang pegawai akan hilang kekananannya dalam hal keadaan yang berikut:
(a)
diluluskan cuti tanpa gaji, selain cuti belajar tanpa gaji selama tempoh dia bercuti tanpa gaji; atau
(b)
tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tempoh ketidakhadirannya.
P.U. (A) 1 29
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(b), kuasa pihak berkuasa tatatertib untuk mengenakan apa-apa tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah adalah tidak terjejas.