Malaysia legislation
Section 37
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 37
(1)
Seseorang pegawai yang berhasrat untuk memilih Skim Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 6A
Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau undang-undang pencen yang berkuat kuasa hendaklah, sebelum diperakukan pengesahan dalam perkhidmatan, melaksanakan pilihannya dengan menggunakan borang yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.
(2)
Pegawai yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada jawatan terdahulu dan dilantik ke jawatan lain dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan hendaklah tertakluk kepada subperaturan (1).
Pemberian taraf berpencen