Skip to content

Seksyen 40

Syarat kenaikan pangkat

of Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 41 of 65
Seksyen 40

(1)

Walau apa pun peraturan 39, seseorang pegawai hanya boleh dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat jika pegawai itu telah mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan dalam jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.

(2)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam keadaan khas boleh mengecualikan syarat-syarat tertentu skim perkhidmatan bagi maksud kenaikan pangkat seseorang pegawai di bawah subperaturan (1).