Malaysia legislation

Section 42

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012

Seksyen 42

Pengiklanan kekosongan jawatan kenaikan pangkat

(1)

Jika

Lembaga Kenaikan

Pangkat berpendapat bahawa sesuatu kekosongan jawatan kenaikan pangkat hendaklah diisi dengan menjemput calon yang berkelayakan daripada suatu perkhidmatan tertentu di bawah jabatan tertentu sahaja, Ketua Jabatan hendaklah mengiklankan kekosongan itu melalui pekeliling jabatan atau kaedah lain yang sesuai.

(2)

Jika terdapat suatu kekosongan jawatan kenaikan pangkat yang tidak menghendaki suatu pengiklanan, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan

P.U. (A) 1 32

kepada

Lembaga Kenaikan Pangkat bagi pengisian kekosongan itu dengan memperakukan pegawai yang layak, mengikut skim perkhidmatan, untuk pertimbangan.

(3)

Bagi maksud subperaturan (2), Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat apa-apa syarat tambahan yang hendak dikenakan agar memperoleh pegawai berkelayakan yang bersesuaian dengan bilangan yang lebih munasabah.

Tarikh kenaikan pangkat

Section 42 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012