Malaysia legislation
Section 43
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 43
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2) dan (3), tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai ialah tarikh yang ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.
(2)
Bagi kenaikan pangkat ke gred, tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh kekosongan jawatan atau tarikh pegawai yang berkenaan layak dinaikkan pangkat mengikut skim perkhidmatannya, mengikut mana-mana yang terkemudian, tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh kenaikan pangkat terakhir bagi gred yang sama dalam urusan sebelumnya.
(3)
Bagi kenaikan pangkat ke jawatan, kecuali jika skim perkhidmatan tidak menyatakan bahawa sesuatu kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, tarikh kenaikan pangkat itu tidak boleh lebih awal dari tarikh pegawai itu diluluskan untuk memangku jawatan itu atau pada tarikh kekosongan jawatan hakiki itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.
(4)
Bagi maksud peraturan ini
(a)
“kenaikan pangkat ke gred” ialah kenaikan pangkat ke mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan
Kumpulan Pelaksana; dan
P.U. (A) 1 33
(b)
“kenaikan pangkat ke jawatan” ialah kenaikan pangkat ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Penentuan gaji kenaikan pangkat