Malaysia legislation
Section 48
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 48
(1)
Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan jika pegawai itu telah
(a)
menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan;
(b)
membuat akuan palsu dalam akuan berkanun sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan 20(1)(b) dan subperaturan 20(2);
(c)
gagal mematuhi kehendak dalam subperaturan 20(3); atau
(d)
meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan pelantikannya.
(2)
Bagi maksud menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai di bawah perenggan
(1)
,
Ketua
Jabatan boleh mengarahkan pegawai itu menjalani pemeriksaan kesihatan semula atau Ketua Jabatan boleh mendapatkan maklumat kesihatan pegawai itu melalui kaedah-kaedah lain yang bersesuaian.
Penamatan perkhidmatan pegawai yang gagal tapisan keselamatan