Seksyen 5
of Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
P.U. (A)In forceProvision 6 of 65
Seksyen 5
(1)
Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa pada masa itu.
(2)
Tertakluk kepada subperaturan (1), jika apa-apa syarat yang dinyatakan dalam mana-mana skim perkhidmatan perlu dipinda, Ketua
Perkhidmatan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam sebelum pindaan tersebut dibuat.