Malaysia legislation
Section 50
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 50
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan pada pelantikan pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan semasa tempoh percubaan, sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), pegawai boleh ditamatkan perkhidmatannya jika dia gagal dalam kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
(3)
Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dalam skim perkhidmatan terdahulunya dan kemudian dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain tetapi gagal disahkan boleh ditamatkan perkhidmatannya di bawah subperaturan (4). Penamatan di bawah peruntukan ini hendaklah disifatkan sebagai penamatan demi kepentingan awam dan apa-apa hal persaraan akibat penamatan itu adalah tertakluk kepada undang-undang pencen yang berkuat kuasa.
(4)
Bagi maksud subperaturan (5), representasi hendaklah dibuat oleh Ketua
Jabatan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai demi kepentingan awam dengan mengemukakan laporan penuh di mana pegawai itu sedang atau telah berkhidmat.
(5)
Laporan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah mengandungi butir-butir yang berhubungan dengan perkhidmatan pegawai serta ulasan Ketua
Jabatan, jika ada.
(6)
Jika, setelah menimbang laporan yang diterima di bawah subperaturan (5), Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa, dengan mengambil kira syarat-syarat perkhidmatan dan kebergunaan pegawai itu kepada perkhidmatan, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Yang di-Pertuan Agong bolehlah menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh
P.U. (A) 1 37
yang hendaklah ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(7)
Walau apa pun apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, apabila perkhidmatan mana-mana pegawai ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan ini, pegawai itu boleh tidak diberikan apa-apa peluang untuk didengar berdasarkan Fasal (2)
Perkara 135 Perlembagaan Persekutuan.
(8)
Bagi maksud peraturan ini, perkhidmatan seseorang pegawai, selain yang disebut dalam subperaturan (1) dan (2), hendaklah ditamatkan sekiranya pegawai itu tidak dapat dikembalikan ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya mengikut perenggan 11(1)(a).
(9)
Bagi maksud subperaturan
(1)
,
“pelantikan pertama” ertinya pelantikan kali pertama ke dalam perkhidmatan awam atau pelantikan semula seseorang pegawai mengikut peraturan 7, 8 dan 9.
Kuasa menamatkan perkhidmatan