Malaysia legislation

Section 54

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012

Seksyen 54

(1)

Tertakluk kepada peraturan 56, seseorang pegawai yang berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis—

(a)

bagi pegawai yang dilantik secara tetap, tiga puluh hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis; dan

P.U. (A) 1 39

(b)

bagi pegawai yang dilantik selain dari secara tetap, mengikut syarat pelantikan pegawai itu, atau jika tempoh itu tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikannya, tiga puluh hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.

(2)

Notis peletakan jawatan itu hendaklah dihantar oleh pegawai itu kepada Ketua Jabatan dan Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan akuan terima kepada pegawai itu dan memberikan salinannya kepada Ketua Perkhidmatan apabila menerima notis peletakan jawatan itu.

(3)

Ketua Jabatan hendaklah merekodkan peletakan jawatan pegawai itu ke dalam rekod perkhidmatan pegawai itu.

Kuat kuasa notis peletakan jawatan

Section 54 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012