Skip to content

Seksyen 56

Pemendekan notis peletakan jawatan

of Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 57 of 65
Seksyen 56

Ketua Jabatan boleh membenarkan tempoh notis peletakan jawatan mana-mana pegawai dipendekkan atas mana-mana sebab yang berikut:

(a)

pegawai itu ditawarkan pelantikan ke mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau syarikat yang Kerajaan mempunyai kepentingan;

(b)

pegawai itu atau pasangannya, anak atau ibu bapa pegawai itu menghidapi masalah kesihatan;

P.U. (A) 1 40

(c)

pegawai itu menghadiri kursus atau latihan; atau

(d)

apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam.