Malaysia legislation

Section 60

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012

Seksyen 60

(1)

Jika sesuatu skim perkhidmatan menetapkan keperluan umur, maka umur yang dimaksudkan itu ialah umur mengikut kalendar Gregorian.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), umur seseorang itu ditentukan mengikut peruntukan yang berikut:

(a)

jika tarikh lahir sebenar diketahui, umur hendaklah mengikut tarikh itu;

(b)

jika hanya bulan yang diketahui, hari terakhir dalam bulan itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh lahir;

(c)

jika hanya tahun yang diketahui, 31 Disember tahun itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh lahir;

(d)

jika tarikh lahir ialah 29 Februari, maka ulang tahun tarikh lahir orang itu bagi tahun yang tidak mempunyai tarikh 29 Februari hendaklah disifatkan pada 1 Mac.

Umur persaraan

Section 60 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012