Malaysia legislation
Section 29A
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2017
Seksyen 29A
(1)
Seseorang pegawai yang tidak hadir bertugastanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada pandangan Ketua Jabatan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
(2)
Jika pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada pandangan Ketua Jabatan, Ketua Jabatan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, melaporkan ketidakhadiran itu kepada pihak berkuasa tatatertib.
(3)
Laporan mengenai ketidakhadiran yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah termasuk tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran dan apa-apa maklumat lain berkenaan dengan ketidakhadiran itu.
(4)
Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, apabila menerima laporan mengenai ketidakhadiran yang dibuat oleh
Ketua Jabatan di bawah subperaturan (2), mempertimbangkan laporan itu.
P.U. (A) 308 9
(5)
Pihak berkuasa tatatertib boleh, selepas mempertimbangkan laporan yang dibuat di bawah subperaturan (2), memulakan tindakan tatatertib terhadap pegawai itu.
Kehilangan gaji dan emolumen disebabkan oleh ketidakhadiran tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran, dsb.