Malaysia legislation

Section 29B

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2017

Seksyen 29B

(1)

Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada pandangan Ketua Jabatan, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa gaji atau emolumen bagi tempoh ketidakhadirannya untuk bertugas.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), perakuan oleh

Ketua Jabatan mengenai tempoh yang pegawai itu tidak berhak kepada gaji dan emolumen di bawah subperaturan (1) kepada pihak berkuasa tatatertib yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji dan emolumen lain pegawai itu merupakan kuasa yang mencukupi untuk memotong gaji dan emolumen bagi tempoh ketidakhadiran pegawai itu untuk bertugas.

P.U. (A) 308 10

Ketidakhadiran tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran, dsb., bagi tujuh hari berturut-turut dan tidak dapat dikesan

Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada pandangan Ketua Jabatan, bagi tujuh hari berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar

Akuan Terima kepada pegawai itu di alamat terakhirnya yang diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya segera melaporkan diri untuk bertugas.

atau

(b)

pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas atau dia masih tidak dapat dikesan,

Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada pihak berkuasa tatatertib dan pihak berkuasa tatatertib hendaklah memulakan tindakan tatatertib terhadap pegawai itu.

(3)

Jika surat yang disebut dalam subperaturan (1)

tidak dapat diserahkan kepada pegawai itu sendiri disebabkan oleh pegawai itu tidak lagi tinggal di alamat terakhirnya yang diketahui atau jika surat pos berdaftar Akuan Terima telah dikembalikan tidak terserah,

Ketua

Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tatatertib.

(4)

Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, apabila menerima laporan yang disebut dalam subperaturan (3),

P.U. (A) 308 11

mengambil langkah untuk menyiarkan suatu notis—

(a)

mengenai hakikat bahawa pegawai itu telah tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan; dan

(b)

menghendaki pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis itu.

(5)

Notis yang disebut dalam subperaturan (4)

hendaklah disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian—

(a)

yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan;

dan

(b)

yang diedarkan di seluruh negara, sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib itu.

(6)

Jika pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis yang disebut dalam subperaturan (4), Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tatatertib dan pihak berkuasa tatatertib hendaklah memulakan tindakan tatatertib terhadap pegawai itu.

(7)

Jika pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis yang disebut dalam subperaturan (4), Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tatatertib dan

P.U. (A) 308 12

pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan berkuat kuasa mulai tarikh dia tidak hadir bertugas.

(8)

Pembuangan kerja seseorang pegawai menurut subperaturan (7) hendaklah disiarkan dalam Warta.

Pelucuthakan emolumen disebabkan oleh ketidakhadiran tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran, dsb., bagi tujuh hari berturut-turut dan tidak dapat dikesan 29D. (1)

Jika seseorang pegawai telah didapati bersalah kerana tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada pandangan Ketua Jabatan bagi tujuh hari berturut-turut dan tidak dapat dikesan, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen bagi tempoh ketidakhadirannya dan segala emolumen sedemikian hendaklah disifatkan telah terlucut hak walaupun pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan pelucuthakan itu.

(2)

Seseorang pegawai yang emolumennya telah terlucut hak di bawah subperaturan (1) hendaklah dimaklumkan secara bertulis mengenai pelucuthakan itu.

(3)

Pelucuthakan emolumen menurut subperaturan (1)

bukanlah suatu hukuman tatatertib.”.

Pindaan peraturan 31

Section 29B — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2017