Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2017

Seksyen 4

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 10

peraturan yang berikut:

“Gangguan seksual 10A.

(1)

Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh—

(a)

membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual;

(b)

meminta layanan seksual daripada orang lain; atau

(c)

melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual terhadap orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(c), “perbuatan yang bersifat seksual” ertinya—

(a)

perbuatan membuat sesuatu pernyataan yang bersifat seksual

P.U. (A) 308 5

kepada, atau di hadapan, orang lain itu, sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain;

(b)

perbuatan yang dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat; dan

(c)

perbuatan yang memburukkan atau mencemarkan nama Lembaga.”.

Pindaan am

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2017