Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FI) (PEREMITAN FI) 2017

Seksyen 2

(1)

Fi bagi visa kemasukan berulang kali yang kena dibayar di bawah perenggan B Jadual kepada Perintah Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul

(Fi) (No. 3) 1962 [F.L.N. 239/1962] bagi butiran India diremitkan satu ratus peratus.

(2)

Peremitan fi di bawah subperenggan (1) hanya terpakai bagi warganegara India yang datang ke Malaysia bagi maksud lawatan sosial, tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

permohonan bagi visa kemasukan berulang kali dibuat melalui

Sistem Elektronik Visa;

(b)

visa kemasukan berulang kali adalah sah bagi tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan visa;

(c)

tempoh tinggal di Malaysia terhad kepada lima belas hari sahaja bagi setiap kemasukan dan tidak boleh dilanjutkan; dan 3

(d)

masuk dan keluar dari

Malaysia hanya melalui pos kawalan imigresen, tempat mendarat yang dibenarkan, lapangan terbang yang dibenarkan atau pintu masuk yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].

Dibuat 24 Julai 2017

[KDN(S): IM 03/208/4 JLD. 3; PN (PU2)86/XXV]

Dengan Titah Perintah

TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA

Setiausaha Jemaah Menteri

4

DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959

DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) (REMISSION OF FEES)

REGULATIONS 2017

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FI) (PEREMITAN FI) 2017