Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PEKERJA GIG (PROSIDING PENDAMAIAN) 2026
Seksyen 2
Seseorang pekerja gig boleh memfailkan suatu aduan pertikaian secara bertulis kepada Pendamai di bawah subseksyen 19(1) Akta dalam tempoh enam puluh hari—
(a)
dalam hal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 18(3)(a)
Akta, dari tarikh pertikaian berbangkit;
(b)
dalam hal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 18(3)(b)
Akta, dari tarikh keputusan penyedia platform diberikan melalui penjelasan bertulis di bawah subseksyen 14(9) Akta;
(c)
dalam hal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 18(3)(c)
Akta, dari tarikh pertikaian berbangkit;
(d)
dalam hal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 18(3)(d)
Akta, dari tarikh keputusan entiti kontrak; atau
(e)
dalam hal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 18(3)(e)
Akta, dari tarikh tamat tiga puluh hari dari tarikh aduan dibuat.
P.U. (A) 146 3
Prosiding pendamaian oleh Pendamai