Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PEKERJA GIG (PROSIDING PENDAMAIAN) 2026

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud subseksyen 19(2) dan (3) Akta, Pendamai hendaklah memulakan prosiding pendamaian dengan mengeluarkan notis secara bertulis mengarahkan pihak-pihak untuk menghadiri prosiding pendamaian.

(2)

Pendamai boleh menjalankan prosiding pendamaian dengan berkomunikasi dengan pihak-pihak secara bersama atau berasingan, sama ada secara sendiri, melalui telefon, persidangan video atau secara elektronik, mengikut mana-mana yang difikirkan oleh Pendamai sesuai.

(3)

Pendamai hendaklah mengambil nota semasa prosiding pendamaian berlangsung.

(4)

Bagi maksud subseksyen 19(4) Akta, Pendamai hendaklah merekodkan terma penyelesaian secara bertulis dan hendaklah memastikan bahawa terma penyelesaian ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

(5)

Jika Pendamai berpuas hati bahawa tidak mungkin pertikaian itu boleh diselesaikan, Pendamai hendaklah merujuk pertikaian itu kepada Tribunal dan memberitahu kedua-dua pihak secara bertulis.

Prosiding pendamaian oleh Menteri

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PEKERJA GIG (PROSIDING PENDAMAIAN) 2026