Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PEKERJA GIG (PROSIDING PENDAMAIAN) 2026
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud subseksyen 20(1) Akta, Pendamai hendaklah mengeluarkan notis secara bertulis mengarahkan pihak-pihak untuk menghadiri prosiding pendamaian oleh Menteri.
(2)
Prosiding pendamaian di bawah subperaturan (1) boleh dijalankan oleh
Menteri dengan berkomunikasi dengan pihak-pihak secara bersama atau berasingan, sama ada secara sendiri, melalui telefon, persidangan video atau secara elektronik, mengikut mana-mana yang difikirkan oleh Menteri sesuai.
(3)
Prosiding pendamaian yang dikendalikan oleh Menteri boleh dihadiri oleh Pendamai.
P.U. (A) 146 4
(4)
Pendamai hendaklah mengambil nota semasa prosiding pendamaian berlangsung.
(5)
Bagi maksud subseksyen 20(2) Akta, sekiranya penyelesaian dicapai semasa prosiding pendamaian oleh Menteri, Pendamai hendaklah merekodkan terma penyelesaian secara bertulis dan hendaklah memastikan bahawa terma penyelesaian itu ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
(6)
Jika Menteri berpuas hati bahawa tidak mungkin pertikaian itu boleh diselesaikan, Menteri hendaklah merujuk pertikaian itu kepada Tribunal dan Pendamai hendaklah memberitahu kedua-dua pihak secara bertulis.
Ketidakhadiran entiti kontrak