Seksyen 2
Rujukan kepada Tribunal
of Peraturan-Peraturan Pekerja Gig (Tribunal Pekerja Gig) 2026
P.U. (A)In forceProvision 2 of 10
Seksyen 2
Apabila menerima suatu pertikaian atau perkara yang dirujuk oleh Pendamai di bawah subseksyen 19(5) atau 21(2) Akta atau oleh Menteri di bawah subseksyen 20(3)
Akta, Pendaftar hendaklah—
(a)
menyebabkan rujukan itu diakuterima dan diletakkan tarikh dan dicatatkan dalam Daftar Tribunal Pekerja Gig; dan
(b)
menyampaikan suatu notis pendengaran dalam Jadual Pertama kepada pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak kurang dari tiga puluh hari sebelum tarikh pendengaran.