Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“AIFTA” ertinya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-India di bawah Perjanjian
Rangka Kerja mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Pertubuhan bagi
Negara-Negara Asia Tenggara dan Republik India;
“MFN” ertinya negara keutamaan;
“Perjanjian” ertinya Perjanjian Perdagangan Barangan di bawah Perjanjian
Rangka Kerja mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Pertubuhan bagi Negara-Negara Asia Tenggara dan Republik India yang ditandatangani pada 13 Ogos 2009 di Bangkok, Thailand;
“Perjanjian Rangka Kerja” ertinya Perjanjian Rangka Kerja mengenai Kerjasama
Ekonomi Komprehensif antara Pertubuhan bagi Negara-Negara Asia Tenggara dan
Republik India yang ditandatangani pada 8 Oktober 2003 di Bali, Indonesia;
P.U. (A) 62 3
“Pihak” ertinya suatu pihak kepada Perjanjian Rangka Kerja yang secara individu merujuk kepada suatu Negara Anggota Pertubuhan bagi Negara-Negara Asia Tenggara atau Republik India;
“Pihak-Pihak” ertinya pihak-pihak kepada Perjanjian Rangka Kerja.