Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“ACFTA” ertinya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China;
“China” ertinya Republik Rakyat China;
“MFN” ertinya layanan most-favoured-nation;
“Perjanjian” ertinya Perjanjian Perdagangan Barangan bagi Perjanjian Rangka Kerja
Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Pertubuhan bagi Negara-Negara Asia Tenggara dan China yang ditandatangani pada 29 November 2004 di Vientiane, Lao PDR;
P.U. (A) 279 3
“Perjanjian Rangka Kerja” ertinya Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi
Komprehensif antara Pertubuhan bagi Negara-Negara Asia Tenggara dan China yang ditandatangani pada 4 November 2002 di Phnom Penh, Cambodia;
“Pihak” ertinya suatu pihak kepada Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi
Komprehensif antara Pertubuhan bagi Negara-Negara Asia Tenggara dan China secara individu merujuk kepada Negara Anggota ASEAN atau China;
“Pihak-Pihak” ertinya pihak kepada Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi
Komprehensif antara Pertubuhan bagi Negara-Negara Asia Tenggara dan China.