Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PELINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2012
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“kemudahan kredit” ertinya kemudahan yang melibatkan bayaran secara ansuran yang diberikan kepada pembeli dalam transaksi jualan kredit;
“penjual” ertinya mana-mana orang yang menjual barangan secara jualan kredit kepada mana-mana pembeli;
“pemberi kemudahan kredit” ertinya mana-mana orang yang memberikan kemudahan kredit kepada pembeli dalam transaksi jualan kredit;
“rebat” ertinya potongan daripada jumlah keseluruhan harga barangan yang perlu dibayar oleh pembeli.
P.U. (A) 89 5